Wednesday, 27 August 2014

Pengenalan: Salam Ukhuwwah

Salam Ukhuwwah Buat Semua.

Saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog ini. Kelahiran blog kedua ini InsyaAllah untuk berkongsi pelbagai perkara tentang bisnes, keluarga, kehidupan, kesihatan dan kecantikan. 

Sebelum itu izinkan saya memperkenalkan diri saya serba sedikit terlebih dahulu.   

Nama saya Nor Azizah Khazizi. Saya berasal dari Kuantan Pahang dan sekarang juga menetap di Kuantan. Sudahpun berkeluarga dan Alhamdulillah mempunyai empat orang permata hati. Saya adalah seorang doktor perubatan yang bertugas di sebuah hospital swasta di Kuantan. Saya juga adalah seorang usahawanita yang mengusahakan perniagaan online di rumah.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Walaupun bekerjaya, urusan keluarga dan rumahtangga serta bisnes tetap saya lakukan, lebih-lebih lagi saya mendapat sokongan yang padu dari orang-orang di sekeliling saya terutamanya suami, anak-anak, emak dan ayah serta adik-beradik saya.

Ditemukan dengan secara tidak sengaja di facebook dengan Guru Online Puan Normi Yusof memberi peluang kepada saya untuk bergerak secara berjemaah di bawah Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang pengasanya adalah Puan Mas Ayu Ahmad. Moga dengan perkongsian di sini dapat memberi sedikit panduan kepada semua terutamanya suri yang bekerja mahupun suri sepenuh masa untuk memulakan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan masing-masing.
Jika ada di antara kalian semua yang ingin menyertai keluarga besar kami, ingin mengetahui apakah ABDR, WAHM dan bagaimana ingin menambah pendapatan melalui online hanya di rumah sahaja boleh hubungi saya secara personal fb: NK Azizah atau sms/whatsapp/telegram: 019-9595020.

ABDR dengan matlamat penubuhannya adalah sebagai platform untuk suri bergabung dan bermula, membina jaringan bisnes atas talian, malahan ABDR juga sebagai pusat latihan utama suri yang ingin bekerja di rumah, insya-Allah.


Samada kalian suri bekerjaya atau suri di rumah, jika mahu bersama kami berbisnes dan jana pendapatan secara online, PM saya NK Azizah untuk bermula.


Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.


Jika sudah bersedia, boleh PM saya untuk mendaftar.

FB Official: NK Azizah
SMS/Whatsapp/Telegram: 019-9595020